Pengenalan Cukai Pintu
Kadar Tafsiran Am (Cukai Pintu) adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang terletak dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Cukai ini adalah dikutip oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur setiap tahun.
Objektif
Cukai ini dikutip adalah bertujuan untuk membiayai pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam (dewan komuniti, jalan, lampu jalan, taman rekreasi, pasar dan lain-lain), pembersihan kawasan dan pembangunan Kuala Lumpur.
Tempoh Bayaran
Cukai Pintu perlu dibayar dua (2) kali setahun iaitu Januari – Jun dan Julai – Disember. Tempoh bayaran terakhir untuk Januari – Jun adalah pada 28hb Februari. Manakala bagi Julai – Disember adalah pada 31hb Ogos.
Cara Pembayaran
Bayaran boleh dibuat melalui tunai, cek, kad kredit, kiriman wang, draf bank, wang pos atau internet banking http://www.maybank2u.com.my. Semua bayaran perlu dibuat atas nama DATUK BANDAR KUALA LUMPUR atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau Bendahari Bandaraya.
Kadar Cukai Pintu
a) Dalam kawasan 36 batu persegi
Kegunaan Komersial | 12% | |
Kegunaan Kediaman | 6% | |
Tanah kosong Komersial | 10% | |
Tanah kosong Kediaman | 7% | |
Kegunaan Industri | 12% |
b) Di luar kawasan 36 batu persegi
Kegunaan Komersial | 10% | |
Kegunaan Kediaman | 6% | |
Tanah kosong Komersial & kediaman | 6% | |
Kegunaan Industri | 10% |
c) Kawasan Khas
Bangunan di Kampung | 3% |
Cara Pengiraan Tafsiran
Tafsiran dibuat adalah berdasarkan kepada jangkaan kutipan sewa untuk sesebuah harta dalam tempoh setahun.
Contoh:
Jangkaan kutipan sewa bulanan = RM 600.00
Jangkaan kutipan sewa setahun = RM 7,200.00
Jika harta ini adalah kediaman di dalam kawasan 36 batu persegi: kadar cukai yang dikenakan adalah 6% setahun.
Maka: RM7,200.00 x 6% = RM432.00 setahun
(@ RM216.00 setiap setengah tahun).
Elaun Kekosongan
Pemilik harta boleh memohon elaun kekosongan ke atas harta yang tidak dapat disewakan. Permohonan ini perlu disertai bukti-bukti seperti bil elektrik, bil air dan usaha untuk mencari penyewa.
Maklumat lanjut: | Bahagian Elaun Kekosongan |
Tindakan DBKL terhadap kegagalan membayar Cukai Pintu
DBKL boleh menguatkuasakan tindakan-tindakan seperti berikut sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Didenda 2% atas tunggakan
- Melelong @ menyita harta boleh alih dan tetap
- Tindakan mahkamah
- Waran tahanan diisu dan didenda 10% lagi ke atas tunggakan
Tempat Bayaran
Ibu pejabat DBKL
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. | |||
Waktu : | 7.30am – 4.30pm 7.30am – 12.45pm | Isnin-Jumaat Sabtu | |
Tel : | 603-2699 3951 |
Pejabat Cawangan Kepong
Jalan Kepong, Jinjang 52000 Kuala Lumpur. | |||
Waktu : | 7.30am – 4.00pm 7.30am – 12.00pm | Isnin-Jumaat Sabtu | |
Tel : | 603-6257 1788 |
Pejabat Cawangan Damansara
6, Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur. | |||
Waktu : | 7.30am – 4.00pm 7.30am – 12.00pm | Isnin-Jumaat Sabtu | |
Tel : | 603-7729 8147 |
Pejabat Cawangan Cheras
10, 12 & 14, Jalan Jujur 3, Bandar Tun razak, 56000 Kuala Lumpur. | |||
Waktu : | 7.30am – 4.00pm 7.30am – 12.00pm | Isnin-Jumaat Sabtu | |
Tel : | 603-9171 2035 |
Pejabat Cawangan Jalan Klang Lama
43 & 45, Jalan 10/116B, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur. | |||
Waktu : | 7.30am – 4.00pm 7.30am – 12.00pm | Isnin-Jumaat Sabtu | |
Tel : | 603-7982 4332 |
Pejabat Cawangan Sri Petaling
3, Jalan 1/149E, Taman Sri Endah, Bandar Baru, Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur. | |||
Waktu : | 7.30am – 4.00pm 7.30am – 12.00pm | Isnin-Jumaat Sabtu | |
Tel : | 603-9059 6579 |
Pejabat Cawangan Gombak
Pasar Besar Gombak Km.6, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur. | |||
Waktu : | 7.30am – 4.00pm 7.30am – 12.00pm | Isnin-Jumaat Sabtu | |
Tel : | 603-4023 4243 |
Kaunter-Kaunter bil setempat (seperti TNB, JBA, Pos Malaysia) dan Bank Islam Malaysia Berhad
Maklumat mengenai Cukai Pintu
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL
Tingkat 3-7, Bangunan TH Perdana
1001, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2693 2011
Maklumat mengenai pembayaran Cukai Pintu
Jabatan Bendahari (Hasil) DBKL
Tingkat Bawah Bangunan DBKL
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2699 3951